Salam buat teman-teman semua. Sudah lama tidak mengatur jari menulis di dlm blog ini. Di sini ingin saya kongsikan serba sedikit tentang hal-hal kekeluargaan oleh DATO' DR. MOHD FADZILAH KAMSAH.
Cuba tanya pada diri, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda?
Dunia kanak-kanak ialah dunia yang sebenarnya kita belum mengerti secara mendalam tentangnya. Dunia mereka berwarna-warni, penuh dengan hilai tawa dan dihiasi unsur-unsur yang positif. Pasti semua tahu bahawa kanak-kanak gemar bermain dan bergurau. Oleh itu, kanak-kanak boleh juga dididik melalui gurau senda dan permainan.
Seperti yang kita tahu bahawa terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau mesra dengan anak-anak seperti ketika sedang bermain, berehlah dan bersukan. Matlamat kita bergurau dengan anak-anak ini adalah untuk menggembirakan hati dan membantu perkembangan personaliti mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak baik.
Untuk melahirkan anak-anak yang cergas dan cemerlang, kaedah bermain dan bergurau ini wajar dilaksanakan. Tetapi jangan pula ibu atau bapa bermain-main dan bergurau dengan anak-anak hingga melampaui batas seperti bermain-main dan bergurau berlarutan hingga meninggalkan ibadah wajib, kerja dan tugas yang lebih penting. Melampaui batas juga boleh menyebabkan selisih faham, perkelahian dan hilang rasa hormat antara satu sama lain.
Bapa juga tidak manis bergurau dan bermain-main dengan anak perempuan yang telah dewasa. Perlakuan yang tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan hingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
Bagaimana Rasulullah bermain-main dan bergurau?
Rasulullah s.a.w. sendiri pun mencari masa untuk bermain, bergurau dan bermesra dengan isteri, anak-anak dan cucu baginda.
Rasulullah s.a.w. pernah membawa isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. melihat orang Habsyi meraikan perayaan di dalam masjid hingga Aisyah r.ha. berasa puas menonton barulah Baginda pulang.
Baginda juga sering lumba lari dengan Aisyah r.ha. dan Baginda berpura-pura kalah supaya Aishah r.ha. berasa gembira. baginda juga sering bermain-main dengan cucu Baginda sehinggakan ketika Baginda solat, cucu Baginda iaitu Sayidina Hasan r.a. Baginda Sayidina Husin r.a. pernah memanjat tengkuk Baginda ketika Baginda sujud. Baginda membiarkannya sehingga Baginda sujud dengan begitu lama sekali hingga mereka turun

No comments:
Post a Comment