Wednesday, April 13, 2011



KELUARGA KU NYAWA KU..


Buah Hati Ibu & Ayah..Nuhanashirah!!


Nuhanashirah nama diberi..6 Mei 2011 merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-3 tahun..sayang anak ibu ayah atok nenek & keluarga..jadilah anak yang berguna & solehah..amin!!

Wednesday, November 24, 2010

Munajat - Ustaz Asri Ibrahim



Ya Allah dengarlah taubatku ini..Ampunkan Dosaku,Dosa Kedua Ibu Bapaku,Dosa Suami & Anakku,Adik-beradikkn serta Kaum Muslimin & Muslimat seluruhnya..Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pengasih & Maha Penyayang..amin.

Tuesday, November 3, 2009

Opsss Nuz - PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI


Salam buat semua..hr ni jari tergerak utk menulis blog n brkongsi cerita mengenai program khidmat komuniti yang telah dijalankan pada 31 okt 09 yang lepas, di sini jg ingin saya jamukan buat teman2 gambar2 yang telah d 'candid'..

Seronok rasa hati ini krn dpt brkenalan dgn anak-anak penghuni rumah penyayang Nur-Iman yang berada hampir dgn Danau Kota (uptown danau). Sayu hati ini bila mengenangkan nasib anak-anak ini. Ya Allah Ya Tuhanku Kau lindungilah mereka & letakkan mereka d dalam golongan2 anak-anak yang soleh & solehah. Jika diberi kesempatan terasa hati ini utk dtg kembali keteratak mrk utk melihat keadaan mereka d sana. Andai diri ini ada ditempat mereka, tk tahulah apa yang akan saya lalui.


Anak-anak ini cukup manja & memerlukan kasih sayang spt insan lain. Mungkin ada di antara anak-anak ini yang telah kehilangan ibu, atau bapa, mangsa penceraian ibu bapa. Ya Allah, Kau berilah kekuatan kpd mereka utk menempuh onak duri hidup dari umur kecil ini hinggalah dewasa nanti. "Wahai anak-anakku, sabar & tabah tempuh segalanya krn Ibu tahu bukan kehendak kamu semua untuk tinggal di situ....".


Anak-anak yatim Nur-Iman (firdaus, ismail, akbar, arifah, umi etc) with Kak Nuzul & Kak Niza


Anak-anak angkat Ibu (arifah & ismail)


staf PPZ with anak-anak yatim rumah Nur-Iman

Wednesday, July 29, 2009

Opsss Nuz ~ BERMAIN DAN BERGURAU DENGAN ANAK-ANAK

Salam buat teman-teman semua. Sudah lama tidak mengatur jari menulis di dlm blog ini. Di sini ingin saya kongsikan serba sedikit tentang hal-hal kekeluargaan oleh DATO' DR. MOHD FADZILAH KAMSAH.
Cuba tanya pada diri, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda?
Dunia kanak-kanak ialah dunia yang sebenarnya kita belum mengerti secara mendalam tentangnya. Dunia mereka berwarna-warni, penuh dengan hilai tawa dan dihiasi unsur-unsur yang positif. Pasti semua tahu bahawa kanak-kanak gemar bermain dan bergurau. Oleh itu, kanak-kanak boleh juga dididik melalui gurau senda dan permainan.
Seperti yang kita tahu bahawa terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau mesra dengan anak-anak seperti ketika sedang bermain, berehlah dan bersukan. Matlamat kita bergurau dengan anak-anak ini adalah untuk menggembirakan hati dan membantu perkembangan personaliti mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak baik.
Untuk melahirkan anak-anak yang cergas dan cemerlang, kaedah bermain dan bergurau ini wajar dilaksanakan. Tetapi jangan pula ibu atau bapa bermain-main dan bergurau dengan anak-anak hingga melampaui batas seperti bermain-main dan bergurau berlarutan hingga meninggalkan ibadah wajib, kerja dan tugas yang lebih penting. Melampaui batas juga boleh menyebabkan selisih faham, perkelahian dan hilang rasa hormat antara satu sama lain.
Bapa juga tidak manis bergurau dan bermain-main dengan anak perempuan yang telah dewasa. Perlakuan yang tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan hingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
Bagaimana Rasulullah bermain-main dan bergurau?
Rasulullah s.a.w. sendiri pun mencari masa untuk bermain, bergurau dan bermesra dengan isteri, anak-anak dan cucu baginda.
Rasulullah s.a.w. pernah membawa isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. melihat orang Habsyi meraikan perayaan di dalam masjid hingga Aisyah r.ha. berasa puas menonton barulah Baginda pulang.
Baginda juga sering lumba lari dengan Aisyah r.ha. dan Baginda berpura-pura kalah supaya Aishah r.ha. berasa gembira. baginda juga sering bermain-main dengan cucu Baginda sehinggakan ketika Baginda solat, cucu Baginda iaitu Sayidina Hasan r.a. Baginda Sayidina Husin r.a. pernah memanjat tengkuk Baginda ketika Baginda sujud. Baginda membiarkannya sehingga Baginda sujud dengan begitu lama sekali hingga mereka turun

Wednesday, June 10, 2009

Opsss Nuz ~ MANJAKAN ANAK CARA POSITIF

Ketegasan Rasulullah Mendidik Puteri Baginda
Puteri Rasulullah s.a.w., Fatimah r.ha. pernah mengadu akan kepenatannya mengurus rumahtangga, menguli gandum dan sebagainya, sehingga beliau meminta daripada ayahandanya seseorang untuk dijadikan pembantu rumah. Namun Rasulullah tidak memenuhi permintaan puterinya, dan berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta itu? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam".
Ketegasan Sayidina Abu Bakar Mendidik Anak-Anak
* Abu Bakar r.a. merupakan seorang ayah yang sangat tegas dalam mendidik putera dan puterinya. Malah Abu Bakar r.a. juga akan marah walaupun pada perkara yang remeh dan kecil hinggakan ditakuti oleh anak-anaknya, Aisyah dan Abdul Rahman.
* Suatu ketika tetamu mengunjungi Abu Bakar r.a. Beliau berpesan kepada anaknya, Abdul Rahman, agar menghidangkan makanan kepada tetamu dan menjemput mereka makan terlebih dahulu tanpa menunggu beliau. Namun tetamu tidak ingin makan dahulu dan bertegas mahu menunggu Abu Bakar r.a. Akibat takutkan ayahandanya akan marah, Abdul Rahman bersembunyi sebaik sahaja Abu Bakar r.a. pulang (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
* Nu'man bin Basyir meriwayatkan : Sayidina Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w Waktu itu dia mendengar Aisyah r.ha berteriak.
Setelah meminta izin untuk masuk, Abu Bakar r.a. ingin menampar Aisyah dan ia berkata,"Aku tidak ingin engkau berteriak kepada Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w. menahan Abu Bakar dan menyabarkannya.
~Sekadar berkongsi ilmu bersama teman-teman~